Rabu, 19 Oktober 2011

R-elly timbul semula............

Salam semua... Maaf kepada teman-teman yang follow blog ni. Senyap dan sunyi, sejuk, dingin dan membeku... kemanakah menghilangnya sang puteri......mungkinkah merajuk diri, tau mungkin menjeruk hati.... Tada... bukan .... sebenarnya.. R-elly tengah tak ada mood nak menulis. Mood kalau nak menghilang memang berbulan-bulan nak bagi timbul semula. Sejak cuti semester 2 bulan tempoh hari, R-elly nak online pun naik malas. tau tau nak gambarkan bagaimanakah kemalasan yang telah melanda dan menyerang jiwa ini. Selain itu, Sebenarnya R-elly sedang dibebani tugasan-tugasan yang memerlukan R-elly memberikan espenuh tumpuan tanpa berbelah bagi.


Tak mengapalah semua itu, biarlah R-elly meneruskan catatan apa yang seadanya. Banyak betul peristiwa yang telah melanda R-elly sepanjang R-elly menjeruk diri. Baik perkara yang menggembirakan ataupun sebaliknya. Cume R-elly nak cerita perkara yang baru berlaku jer...


Catatan 1

Hem... banyaknya catatan pada wall kawan-kawan ni.... bisik hati kecilku ketikaku sedang  mengamati wall di laman facebook. Aku memang rajin menyelusuri laman facebook . Tapi sekadar ingin mengetahui berita terkini dan memberi komen sedikit sebanyak. Jarang sekali aku menulis panjang berjela di wall FB ku sendiri. Sedang aku asyik, tiba-tiba aku terima pesanan di ruang PM ku. Ku buka, nah ternyata adik bogsu ku yang menghantar pesanan itu. Mataku rakus membaca setiap patah kata yang tertulis diruangan pesanan tersebut. 'Abah dan emak demam. Panas.... malam tadi abah tak tidur lena dan meracau-racau..' Ya Allah, mak dan abah tak sihat.... macam mana ni? hatiku mula dibaluti rasa risau yang teramat . nak balik segera aku tinggal jauh dari kampung. Perjalanan mengbil masa lebih kurang 3 jam. Esok aku dan suami perlu bekerja. anak-anak sekolah.Waktu pula menjengah senja. Tapi ini tanggungjawab ku pada mak dan abah. hati ku mula berbicara menimbang tara antara 2 tanggungjawab yang berat. Cuti pulak tinggal 2 hari. Sekarang aku sendiri sedang menunggu hari. Dalam itu, kupanjatkan doa kepada ilahi agar ku mendapat petunjuk menyelesaikan masalah ini. Nah, aku teringat adik tengahku. Mungkin dia dapat membantu. Segera kucapai telefon dan menghubunginya. "Dik, dah tau belum yang abah dan emak tak sihat? " tanyaku sebaik talianku bersambung dengannya. " Dah, adik yang telefon tadi. kenapa kak?" ' Nor boleh balik hantar mak dan abah ke klinik tak?" aku bertanya. " Memang saya nak balik malam ni. Akak janganlah risau.Nanti.... apa-apa hal saya khabarkan pada akak" balas adik ku. Ya Allah, alhamdulillah. Leganya hati ku mendengar bicara adik tadi. Tak mengapa. Malam ini biar adik bawa mak dan abah ke klinik. Hujung minggu nanti aku pula balik menjenguk mereka. Andai perlu rawatan lanjut, aku akan bawakan. Lagipun hari ini hari Khamis tinggal beberapa hari saja. Hati... sabarlah.... bisikku sendirian.... kemudian ku terus capai telefon dan menghubungi ibu ku.......



Ayah dan ibu, engkaulah permulaan kami........

Dapat mengenal bulan dan matahari.......


Selasa, 9 Ogos 2011

KINI KU KEMBALI.......

Lamanya... R-elly tak menjenguk blog ni... kesian pada yg selalu mengikuti. Apatah lagi novel yg R-elly janji kan. Hari tu.... tengah morning sickness, pastu sibuk dengan tugasan U. Sekarang ni dah sihat dan tengah cuti semester. Cuti sampai Hari Raya. Adus... seronoknya.... Sekarang ni R-elly ada hobi baru. R-elly sibuk ambik tempahan gubahan bunga dan menghias balang kuih raya. Sempena nak sambut Hari Raya ni.... ambik kesempatan la nak berjual....Gubahan hantaran pun R-elly buat jugak. kalu ada yang berminat boleh la hubungi R-elly. PM di facebook(siti eliyana binti jajuli) pun bole....Atau e-mail sitieliyanajajuli@rocketmail.com. 
Satu lagi, R-elly juga ada menjual SAUNA yang anda boleh gunakan sendiri  di rumah. Untuk kesihatan dan imej diri yang lebih baik. Selain menyihatkan dapat juga menurunkan berat badan.... Kalau nak cuba, bole la hubungi R-elly



                                                              RM 70 + kos penghantaran


                                                                  RM 65 + kos penghantaran


                                                          RM 60 + kos penghantaran                                



 

                                                          RM 50  + kos penghantaran



                                                        RM 75   + kos penghantaran



                                                                    RM10 sebiji
                                                                    1 set - 6 biji


                                                           RM 10 sebiji
                                                           1 set -6 biji


Selasa, 3 Mei 2011

Blog dah bersawang..

Dah berbulan tak menjenguk blog. Entah apa khabarnya...

KELIP-KELIP KUSANGKA API,
KALAU API MANA SUMBUNYA,
HILANG GHAIB DI SANGKA MATI,
KALAU MATI MANA KUBURNYA.

Begitulah keadaan blog R-elly. Bagai bait-bait dalam pantun di atas.Hem... maaflah kepada yang selalu follow blog ni. bukan sengaja. tapi ada beberapa alasan yang tidak dapat dinafikan. Seperti yang R-elly beritahu dulu, R-elly telah demam. ingatkan setakat itu jer, rupa-rupanya demam yang berlanjutan. Demam ada makna tu...Tu yang dah tak boleh nak buat apa. Dah tu bersambung pulak dengan kelas dan tugasan-tugasan yang perlu dihantar mengikut dateline yang telah ditetapkan. Yang terakhir, ada ujian. Baru habis semalam. tu yang cuba jenguk blog ni.

Cuti 3 hari, tapi rasa macam tak cuti. Sebab banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan. Ye lah... perjuangan mesti diteruskan.

Buat teman-teman yang baru habis berjuang semalam bersama R-elly, tahniah kerana berjaya mengharunginya. Apa hasilnya kita tunggu dan lihat nanti. Tapi perjuangan jangan berhenti di sini. Usaha perlu diteruskan. Mungkin perjuangan semalam bukanlah perjuangan yang terhebat dan terhandal, namun itu sebagai permulaan untuk menjadi pahlawan terbilang. Bangkitlah teman-temanku... Aku juga sama seperti kalian. Ku tiupkan semangat buat kalian dan diriku sendiri.......

Berkobar-kobar semangat R-elly. Bukan pa, sekadar motivasi diri. untuk post kali ini R-elly tidak sempat nak sambung catatan novel. Tapi R-elly berjanji dalam masa terdekat, R-elly akan postkan ok.

Salam sayang dari R-elly, senyum-senyum selalu....

Khamis, 17 Mac 2011

Besday abah.........

Semalam merupakan besday abah yang ke- 69. Tua..... tak adalah, bagi kami adik beradik abah tetap muda, tetap lelaki yang gagah di depan kami. Biarpun darah tinggi mula menyinggah, kencing manis mula menjenguk, Abah tetap utuh di depan kami.....

Biarpun abah tidak berpelajaran tinggi......tapi abah ada cita-cita tinggi. Cita-cita abah supaya semua anak-anaknya  dapat belajar tinggi-tinggi. Jangan jadi macam abah, kerja buruh kampung jer, Tapi abah, kami bangga ngan abah sebab abah berusaha untuk mendidik dan membahagiakan kami sehinggalah kami semua berjaya. Walaupun R-elly sendiri belum berjaya mendapat ijazah..... namun R-elly sudah punya kerjaya yang menjamin masa depan. alhamdulillah. Kami bangga dengan abah. Abah tak sekolah tinggi, Tapi abah punya pemikiran yang terbuka.... abah boleh duduk bersama dan bergurau dengan anak-anak. Dari kecil kami rapat dengan abah. namun dalam kemesraan abah, terselit ketegasan dalam mendidik anak-anak. Kalau kawan-kawan sekolah tengok, mesti mereka pelik.... sbb dulu ayah mereka jenis yang berkuasa veto. anak-anak tak boleh bergurau senda dengannya..... Kawan-kawan pelik sebab kami boleh peluk cium abah tanpa segan dan malu. Kenapa nak malu...sebab kamikan..... sayang abah.......

"Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik kepada abah, tunaikanlah impiannya untuk menunaikan haji bersama emak,panjangkanlah usia abah , murahkanlah rezeki abah dan kurniakanlah abah anak-anak yang solehah yang mendoakan kesejahteraannya di dunia dan di akhirat. Aminnnnn.................... "


NOVEL BERSIRI

Malam-malam begini, andai dapat merenung sang bulan yang dipagari bintang tinggi di awan,  alangkah indahnya. Kalulah aku dapat sampai ke bulan, mesti hebatkan... Bisik hati kecilku sendirian tatkala aku membuka jendela kamar asrama ku malam itu. Penat menaip tugasan, berhenti kejap untuk menenangkan minda sambil mencari ilham baru untuk menulis nanti.

" Oi... Deera, apa yang dimenungkan tu...? Jatuh pulak bulan tu ke riba awak. nanti" Tiba-tiba saja Nasya meluru ke kamarku.

" Nasya, kalau masuk tu beri salam boleh tak? ini terus meluru je." balas ku sambil agak terkejut.
" Nasya, kalaulah betul-betul bulan tu jatuh ke riba Deera, rasanya Deera mesti dah tak kawan dengan Nasya lagi kot....." Sambung ku lagi...

" Eh, apasal lak? " Nasya bertanya kepada ku.

" Sebab Deera dah kawan dengan bulan tu...."  jawab ku.

Aku lihat wajah Nasya kelat je... mendengar jawapan ku. Nasya dengan selamba terus berjalan menuju ke katil ku. Tanpa segan dan tanpa silu terus melabuhkan punggungnya di cadarku yang masih tegang dan rapi.... sabar je la dengan Si Nasya ni.

" Deera, sebenarnya Nasya jumpa Deera ni nak sampaikan pesanan seseorang." Nasya bersuara sebaik dia duduk di katilku.

" Pesanan dari siapa?" aku tak sabar untuk mengetahuinya. Sedangkan Nasya sekadar tersenyum memandangku.

" Cepatlah cakap Nasya, siapa yang pesan" aku mendesak lagi.

" Sabar la Deera. Takkan lari gunung di kejar." Selamba je Nasya menjawab persoalanku. Aku dah tak sabar nak tau. Tapi Si Nasya ni buat selamba je. Adakah 'dia' yang mengirim pesan kepadaku? hati ku berteka teki sendiri..... Siapa ye.....?

 



 



Rabu, 16 Mac 2011

Pening-pening lalat

Kita semua sepakat....
Di kampung hai Pening Lalat 
Mengucapkan selamat....masuk universiti....
(ikut melodi lagu dlm cerita Ahmad Albab)

Heh...heh..... kenela nyanyi sket. untuk meredakan gelora dijiwa. Maklumlahlah Ahad ni akan diijab kabulkan menjadi mahaiswi.....

Mungkin bagi orang lain, tak ada menda la.... kami dah lama meninggalkan alam belajar. Apa barang....
Tapi... itu bagi orang lain.... bukan diri R-elly. Bagi R-elly semua yang kita buat, ada kemanisan dan keindahan yang tersendiri. Istimewa buat orang yang melaluinya.....



Kene belajar balik macam deme..... beginikah aku nanti...?

Ha... ada berita terkini mulai esok, R-elly kan memulakan bait-bait ayat memulakan novel bersiri yang R-elly tulis sendiri. Harap sesiapa yang mengikuti blog ni dapat beri komen tentang novel itu nanti. Tajuk belum ada lagi. tapi ....di penutup novel itu nanti pengikut blog R-elly bole beri tajuk yang sesuai. Tajuk yang terpilih akan diberikan hadiah. Okey tak?..... tunggu ye.....







Selasa, 15 Mac 2011

kisah kita.......hari ini

Permulaan kehidupan baru.... dari pelajar, jadi pekerja....kemudian jadi pekerja dan pelajar sekali gus. mampukah aku ....? bukan senang nak jalankan dua tanggungjawab dalam satu masa. Bukan dua, tapi empat sekali gus...pekerja, pelajar, ibu dan isteri.... fuuuyooo...... macam superwoman dah rasanya.....

Itulah dulu x nak terus belajar tinggi-tinggi. dulu R-elly cuma mampu ambik diploma jer...tu pun sebab dapat elaun. x ler susahkan mak bapak. pastu lum sempat sambung belajar dah jd isteri orang.  sekarang... dah beranak 4 baru nak daftar jd mahasiswi..... mampu ke kapla otak ni nak study..?  ish...ish...

Tetapi, ingatlah semua, sesungguhnya usia dan status itu bukanlah alasan. seperti kata nabi, tuntutlah ilmu walau samapai ke negeri China.Ini masih dalam Malaysia, tak kan tak mampu kot.




Tapi demi mengubah hidup anak bangsu R-elly dan keluarga , perjuangan perlu diteruskan......takbir.....ALLAHUAKBAR




Sebenarnya dah banyak kali R-elly mintak sambung belajar. kalu x silap 5 tahun berturut-turut. Tapi semua jawapannya mendukacitakan. Pastu R-elly pun merancang tuk tambah ahli keluarga. Tup-tup dalam pantang R-elly isi borang....akhirnya berjaya. rezeki baby agaknya. Pepun sebenarnya impian jadi kenyataan.....senyum melebor mak ngan abah. akhirnya....ketiga-tiga anak mereka dapat masuk U......




 Akhirnya nanti R-elly pun akan beratur camni....... nak konvo.....heh...heh.....



 Sonyum....sonyum....ngan tak sonyum......cam kerang busuk dah........