Tak mengapalah semua itu, biarlah R-elly meneruskan catatan apa yang seadanya. Banyak betul peristiwa yang telah melanda R-elly sepanjang R-elly menjeruk diri. Baik perkara yang menggembirakan ataupun sebaliknya. Cume R-elly nak cerita perkara yang baru berlaku jer...
Catatan 1
Hem... banyaknya catatan pada wall kawan-kawan ni.... bisik hati kecilku ketikaku sedang mengamati wall di laman facebook. Aku memang rajin menyelusuri laman facebook . Tapi sekadar ingin mengetahui berita terkini dan memberi komen sedikit sebanyak. Jarang sekali aku menulis panjang berjela di wall FB ku sendiri. Sedang aku asyik, tiba-tiba aku terima pesanan di ruang PM ku. Ku buka, nah ternyata adik bogsu ku yang menghantar pesanan itu. Mataku rakus membaca setiap patah kata yang tertulis diruangan pesanan tersebut. 'Abah dan emak demam. Panas.... malam tadi abah tak tidur lena dan meracau-racau..' Ya Allah, mak dan abah tak sihat.... macam mana ni? hatiku mula dibaluti rasa risau yang teramat . nak balik segera aku tinggal jauh dari kampung. Perjalanan mengbil masa lebih kurang 3 jam. Esok aku dan suami perlu bekerja. anak-anak sekolah.Waktu pula menjengah senja. Tapi ini tanggungjawab ku pada mak dan abah. hati ku mula berbicara menimbang tara antara 2 tanggungjawab yang berat. Cuti pulak tinggal 2 hari. Sekarang aku sendiri sedang menunggu hari. Dalam itu, kupanjatkan doa kepada ilahi agar ku mendapat petunjuk menyelesaikan masalah ini. Nah, aku teringat adik tengahku. Mungkin dia dapat membantu. Segera kucapai telefon dan menghubunginya. "Dik, dah tau belum yang abah dan emak tak sihat? " tanyaku sebaik talianku bersambung dengannya. " Dah, adik yang telefon tadi. kenapa kak?" ' Nor boleh balik hantar mak dan abah ke klinik tak?" aku bertanya. " Memang saya nak balik malam ni. Akak janganlah risau.Nanti.... apa-apa hal saya khabarkan pada akak" balas adik ku. Ya Allah, alhamdulillah. Leganya hati ku mendengar bicara adik tadi. Tak mengapa. Malam ini biar adik bawa mak dan abah ke klinik. Hujung minggu nanti aku pula balik menjenguk mereka. Andai perlu rawatan lanjut, aku akan bawakan. Lagipun hari ini hari Khamis tinggal beberapa hari saja. Hati... sabarlah.... bisikku sendirian.... kemudian ku terus capai telefon dan menghubungi ibu ku.......
Ayah dan ibu, engkaulah permulaan kami........
Dapat mengenal bulan dan matahari.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan