Selasa, 3 Mei 2011

Blog dah bersawang..

Dah berbulan tak menjenguk blog. Entah apa khabarnya...

KELIP-KELIP KUSANGKA API,
KALAU API MANA SUMBUNYA,
HILANG GHAIB DI SANGKA MATI,
KALAU MATI MANA KUBURNYA.

Begitulah keadaan blog R-elly. Bagai bait-bait dalam pantun di atas.Hem... maaflah kepada yang selalu follow blog ni. bukan sengaja. tapi ada beberapa alasan yang tidak dapat dinafikan. Seperti yang R-elly beritahu dulu, R-elly telah demam. ingatkan setakat itu jer, rupa-rupanya demam yang berlanjutan. Demam ada makna tu...Tu yang dah tak boleh nak buat apa. Dah tu bersambung pulak dengan kelas dan tugasan-tugasan yang perlu dihantar mengikut dateline yang telah ditetapkan. Yang terakhir, ada ujian. Baru habis semalam. tu yang cuba jenguk blog ni.

Cuti 3 hari, tapi rasa macam tak cuti. Sebab banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan. Ye lah... perjuangan mesti diteruskan.

Buat teman-teman yang baru habis berjuang semalam bersama R-elly, tahniah kerana berjaya mengharunginya. Apa hasilnya kita tunggu dan lihat nanti. Tapi perjuangan jangan berhenti di sini. Usaha perlu diteruskan. Mungkin perjuangan semalam bukanlah perjuangan yang terhebat dan terhandal, namun itu sebagai permulaan untuk menjadi pahlawan terbilang. Bangkitlah teman-temanku... Aku juga sama seperti kalian. Ku tiupkan semangat buat kalian dan diriku sendiri.......

Berkobar-kobar semangat R-elly. Bukan pa, sekadar motivasi diri. untuk post kali ini R-elly tidak sempat nak sambung catatan novel. Tapi R-elly berjanji dalam masa terdekat, R-elly akan postkan ok.

Salam sayang dari R-elly, senyum-senyum selalu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan